Surah Al-Israa’

Surah Al Israa' (سورة الإسرا) adalah surah yang ke-17 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 111 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyyah. Surah ini dinamai dengan Al Israa' yang bererti "memperjalankan pada waktu malam ". Surah ini berhubung dengan peristiwa Israa' Nabi Muhammad SAW. di Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis (Palestin) yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini. Surah ini dinamakan pula dengan nama Surah Bani Israil berkaitan dengan percakapan pada ayat ke-2 sampai ayat ke-8 dan kemudian d akhir surah ini iaitu pada ayat 101 sampai dengan ayat 104 dimana Allah menyebutkan mengenai Bani Israil yang selepas menjadi sebuah bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang dari ajaran Allah S.W.T.. Dikaitkan dengan kisah Israa' dengan riwayat Bani Israil pada surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan seperti Bani Israil apabila meninggalkan ajaran-ajaran agama.